Saturday, May 1, 2010

Just something in my mind...

Sains Perubatan Veterinar dlam Islam

Berdasarkan hadis, Rasulullah juga mengasihi haiwan

Pernah ada satu waktu seekor kucing tidur di lengan baju Nabi salahu alaihi wasallam, lalu baginda mengeratnya dan membiarkan kucing itu terus tidur. Sedikit pun tidak diganggunya.

Jika ada orang yang menyeksa binatang, sudah tentu akan mendapat kemurkaan Allah. Sabda Nabi salahu alaihi wasallam yang bermaksud "Seorang wanita diseksa oleh Allah disebabkan dia telah menyeksa seekor kucing hingga mati, maka masuklah dia ke dalam neraka, kerana ketika dia mengurung kucing itu tidak diberinya makanan dan minuman, tidak juga dilepaskan untuk mencari makanan sendiri daripada binatang-binatang bumi yang menjadi mangsanya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibnu 'Umar)

Sebaliknya, seorang lelaki yang banyak melakukan dosa mendapat keampunan Allah, lantaran pada suatu hari ketika dia baru minum dari sebuah perigi, tiba-tiba bertemu seekor anjing lidahnya terjelir kerana tersangat lapar dan dahaga. lelaki itu merasa belas kasihan terhadap anjing itu, lalu dia turun semula ke perigi dan menceduk air dengan kasutnya. Kemudian memberikannya kepada anjing tersebut supaya meminumnya, maka Allah telah mengampunkan dosanya. Demikian diceritakan oleh Nabi salahu alaihi wasallam kepada para sahabat

Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah,kami mempunyai binatang ternak,adakah kami mendapat pahala (kerana memberi makan dan mium binantang ternak kami)?"
Rasulullah salahu alaihi wasallam bersabda: "Pada setiap hati yang basah ada pahala." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Jelas memberi makan dan minuman pada haiwan (makhluk yang hidup) itu mendapat pahala

(Titisan Hidayah Ilahi, 2010) -surau seksyen 6

No comments:

Post a Comment